SELAMAT DATANG KE BLOG SK ULU BAWAN KANOWIT

Ahad, 18 Mac 2012

LATAR BELAKANG SEKOLAH

            Sekolah Kebangsaan Ulu Bawan, Kanowit telah dibina pada tahun 1957. Sekolah ini telah dibuka dan beroperasi pada 1 Januari 1958.
            Kebanyakkan pelajar di sekolah ini datang dari rumah-rumah panjang yang berdekatan.Sekarang, sekolah ini boleh dihubungi dengan jalanraya. Hampir semua pelajar tinggal di asrama, hanya sebilangan kecil yang berulang-alik ke sekolah.

            Bilangan guru yang mengajar di sekolah ini ialah seramai enambelas orang, manakala anggota kumpulan sokongan ialah seramai lapan orang. Enrolmen murid di sekolah ini termasuk Pra Sekolah ialah seramai 157  orang, bagi murid asrama ialah seramai 83 orang.

            Dari segi akademik, pencapaian UPSR pada tahun 2009 ialah 80.8% dan peningkatan sebanyak 19.9% daripada tahun 2008 (60.9%) dan telah melahirkan seorang pelajar mendapat 5A.Manakala pada Tahun 2010 peratusan UPSR menurun kepada 68.4% dan telah melahirkan 3 orang pelajar mendapat 5A.Manakala pada tahun 2011, peratusan UPSR telah meningkat sebanyak 13.08 % ( 81.48%).

            Dari segi permainan, sekolah ini telah mendapat Naib Johan dalam pertandingan Bola Tampar(2008) peringkat Daerah Kanowit.Sekolah ini juga telah menjadi Johan dalam Pertandingan Kebersihan Dan Lanskap antara sekolah-sekolah Rendah Daerah Kanowit pada tahun 2005.Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Majlis Daerah Kanowit.Pada Tahun 2010 sekolah ini telah menjadi naib Johan dalam Pertandingan Asrama Terbilang, Pada tahun 2011 sekolah ini telah menjadi Johan dalam pertandingan 3K, Naib Johan dalam pertandingan Asrama Terbilang dan Tempat Ketiga dalam pertandingan Bilik Boss.

            Berikut adalah senarai nama Guru Besar yang telah berkhidmat di sekolah ini ;

1.    En. Moses ak Enteri – 1958-1959
2.    En. Michael Tibong – 1960-1963
3.    En. Wong Leong Kok – 1964-1969
4.    En. Lau – 1970-1980
5.    En. Chia -1981-1988
6.    En. Kemarau -1989-1997
7.    En. Paulus Vitus Kendawang-1998-2008
8.    En. Pantaleon @Nanta Thomas – Jan 2009- Jun 2009. 
9.  En. Peter Tingom Simon Sarawak – Julai 2009- sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan